Sunday, October 06, 2013

Singapura: Hari Pertama

Posted at  Sunday, October 06, 2013  |  in  Travelog


Bermula hari ini 6 Oktober hingga 11 Oktober, aku akan berada di Singapura kerana menghadiri seminar yang dianjurkan AACSB International. Lain kali aku akan ceritakan tentang AACSB. Ini kali pertama aku ke Singapura, mungkin ada sedikit perasaan teruja ingin pergi ke sebuah negara yang dikatakan maju dan rakyatnya punya taraf kehidupan yang tinggi. Aku teruja melihat ketamadunan lain.

Isteri menghantar aku ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, seawal jam 7 pagi. Anak-anak dimandikan di sana. Selepas mendaftar masuk, kami sarapan pagi dan pelepasan pada jam 9.40 pagi. Aku hampir-hampir terlepas penerbangan gara-gara tersilap masuk tempat menunggu. Jam 9.20 pagi baru aku sedar aku di tempat yang salah. Mujur proses lancar di kaunter imigresen.

Ini juga kali pertama aku menaiki kapal terbang FireFly. Perjalanan ke Singapura mengambil masa lebih kuran 1 jam 10 minit. Kapal terbang FireFly ini terbang dengan baik cuma agak bising. Masa mendarat pula agak menakutkan akibat dari impak penurunan lalu berlaku gegaran yang agak dahsyat.

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, aku melalui proses imigresen yang agak lama disebabkan ramai orang. Tiada masalah untuk imigresen tapi bagasi pulak tak kunjung tiba. Mujur ada pekerja yang menunjukkan di mana letaknya bagasi aku. Aku adalah penumpang terakhir yang mengambil bagasi.

Hampir jam 12 tengahari, seterusnya aku mencari sumber makanan halal. Setelah beberapa hari membuat carian di Internet, aku tahu beberapa restoran yang mendapat pengesahan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Tanpa menunggu lama, aku memilih untuk pergi ke restoran Central Thai dan memesan daging masak lada hitam dan limau ais. Sementara menunggu hidangan, aku berbalas WhatsApp dengan isteri dan rakan-rakan. Rasa masakan mereka tidak banyak beza dengan masakan Siam di Malaysia. Tiada masalah untuk menghabiskan nasi sambil tambah sekali. Kos untuk masakan tengahari ini ialah SGD19.70.



Seterusnya perjalanan ke hotel dengan menaiki teksi dari lapangan terbang. Tiada ulat teksi, para penumpang beratur dan terus ditunjukkan mana teksi yang perlu dinaiki. Perjalanan ke hotel lebih kurang 20km lancar tanpa sebarang kesesakan lalulintas. Dan cajnya ialah SGD20.20.

Aku mendaftar di Hotel Trader's tanpa sebarang masalah kerana, semuanya telah diuruskan oleh syarikat tempat aku berkerja. Aku ditempatkan di tingkat 11 bilik deluxe dan nyata ruangan yang agak kecil dan perabot lama untuk harga lebih dari USD250 nampaknya seperti tidak berbaloi. Jangan banyak komen sebab ianya percuma. :)

Selepas Asar aku keluar dari hotel untuk mencari lagi sumber makanan halal untuk makan malam. Destinasiku ialah Orchard Road. Namun hampir 2 jam berjalan kaki, hasilnya mengecewakan. Akhirnya aku hanya beli pisang, tomato kecil, roti yang disahkan halal JAKIM dan juga mi segera yang disahkan halal MUIS. Makan malam hari ini menghadap mi segera bersama salad tomato, pisang dan kopi.



Sekian untuk hari ini.

Share this post

About Mohd Shafawi Sarbini

Penulis tetap blog ini. Pernah bercita-cita jadi penulis hebat. Jom follow Google+

2 comments:

gengbuah said...

kat orchad road tu byk ber...hg yg tak perasan kot..kedai nasi campoq pon ada..

Falcao said...

Puas ronda bro. Kat celah mana? Aku jumpa supermarket2 besaq ja

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Thought of Mine. Blogger Template by BloggerTheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top